fenomena air pasang besar boleh dikatakan setiap tahun akan berlaku. semalam di kuala pahang air pasang besar telah mengakibat kerosakan kepada beberapa buah rumah dan kedai di tepi pantai kuala pahang. pagi-pagi lagi nampaknya ada beberapa pegawai pejabat tanah dan wakil YB telah datang berjumpa dengan penduduk kampung yang terlibat. malam ini air pasang besar dijangka akan berlaku lagi sehingga 8.11.2009. penduduk setempat telah bersiap sedia nampaknya tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat tandingi. Tengok lah malam ni macam mane, adakah lebih hebat kesannya daripada semalam atau kurang sikit. Kebiasaaannya kawasan kampung sekitar kuala pahang ni akan banjir dalam beberapa jam semasa air pasang besar. keadaan banjir akan pulih kembali setelah air surut. begitulah rutin kehidupan di tepian kuala sungai ni...apa yang pasti kita hanya perlu buat persediaan menghadapinya. sama-samalh kita tunggu malam ni...
Thursday, November 5, 2009
Sunday, November 1, 2009
tempat baru..suasana baru
ermmm....pukul 8 malam aku sampai ke rumah di kuala pahang. esok dah start keje...suasana kerja baru tu. napelah asyik dok teringat ke pulau lagi ni?? aduhhh....sayu je rasa hati. so malam ni aku nak berehat je rasanye. tak larat sangat dah aku rasa...bukan ape, letih tu sikit je... rindu tu yang lebihnya. takpela...tengok je la esok macam mana. hopefully best la dok sini...insyaallah esok kita sambung balik...
Saturday, October 31, 2009
hari-hari terakhir...
nampaknye setelah 3 tahun bermastautin di tioman esok aku akan melangkah keluar juga... walaupun terasa berat nak meninggalkan pulau ni tapi aku terpaksa juga kerana kerja. kerja di mana-mana pun sama asalkan kita ikhlas & seronok dengan kerja itu...
barang-barang aku semua dah siap kemas...tinggal nak melangkah keluar rumah je. cadang-cadangnye nak naik bot pagi...pastu ingat nak naik bot tgh hari..last-last fikir aku amik keputusan naik bot petang la. laut kuat sangat bergelora hari ni. maybe effect dari taufan di filipina. (alasan taknak balik lagi...) hari ni seharian aku kat rumah...kemas-kemas umah sket. petang tadi baru lepak kat babura kejap...
malam ni tadi suhaizu, darabi, pakteh, zab, along, zuki, adi, azri & isham lepak umah tengok bola. kelantan vs perlis...suka benar suhaizu kelantan menang. pastu sambung tengok EPL plak..sampai le ke saat ni MU tengah leading 1-0. Chelsea siang-siang dah menang besar tadi..4-0.
Mata pun dah ngantuk..abis bola tido jap. pagi nak bangun & final check kot-kot ada apa-apa lagi yang tertinggal...adussss...sayunyeeeee...........
barang-barang aku semua dah siap kemas...tinggal nak melangkah keluar rumah je. cadang-cadangnye nak naik bot pagi...pastu ingat nak naik bot tgh hari..last-last fikir aku amik keputusan naik bot petang la. laut kuat sangat bergelora hari ni. maybe effect dari taufan di filipina. (alasan taknak balik lagi...) hari ni seharian aku kat rumah...kemas-kemas umah sket. petang tadi baru lepak kat babura kejap...
malam ni tadi suhaizu, darabi, pakteh, zab, along, zuki, adi, azri & isham lepak umah tengok bola. kelantan vs perlis...suka benar suhaizu kelantan menang. pastu sambung tengok EPL plak..sampai le ke saat ni MU tengah leading 1-0. Chelsea siang-siang dah menang besar tadi..4-0.
Mata pun dah ngantuk..abis bola tido jap. pagi nak bangun & final check kot-kot ada apa-apa lagi yang tertinggal...adussss...sayunyeeeee...........
Tuesday, October 13, 2009
foto..foto..foto..
minggu ni aku dah macam photographer plak. ke hulu ke hilir dok bawak camera. saje practice skill sikit-sikit. kalau tak nanti boleh hilang skill. esok mungkin best sikit kot coz ada photographer professional datang nak amik gambar kat site. boleh la aku cedok skill dia sikit. tu pun kalau dia tak kedekut ilmu la. erm...ntah bila la nak dapat D90 ni....
hari ni aku dah start kemas barang-barang kat siite office. mane fail-fail yang tak berape penting tu aku sumbat dalam kotak dah. pc yang tak guna pun aku dah bungkus baik punye....barang-barang aku ni je...macam mane ek. baju saje dah satu beg besar...buku & barang-barang personal aku pun banyak bleh tahan gak...yelah...3 tahun beb. macam-macam khazanah aku simpan...takpe la, slow-slow kemas...lusa aku turun kl ada training. pastu ada gathering raya kat opis lak...pakai baju raya...huhu. harap-harp pas balik dari kl ni bleh gi diving lagi la...last sebelum monsoon....jom diving!
hari ni aku dah start kemas barang-barang kat siite office. mane fail-fail yang tak berape penting tu aku sumbat dalam kotak dah. pc yang tak guna pun aku dah bungkus baik punye....barang-barang aku ni je...macam mane ek. baju saje dah satu beg besar...buku & barang-barang personal aku pun banyak bleh tahan gak...yelah...3 tahun beb. macam-macam khazanah aku simpan...takpe la, slow-slow kemas...lusa aku turun kl ada training. pastu ada gathering raya kat opis lak...pakai baju raya...huhu. harap-harp pas balik dari kl ni bleh gi diving lagi la...last sebelum monsoon....jom diving!
Saturday, October 10, 2009
pagi minggu..
cuti hari minggu...erm, semalam planning nak ronda-ronda amik gambar. sekali bangun lewat da...malas la pulak rasanye. kemas-kemas rumah & basuh baju. tak lama lagi nak berangkat da dari pulau ni...lemah rasa. bukan ape..dah seronok dok sini. tenang je jiwa rasa kat pulau ni. ape pun pas pas mandi & makan ni aku ingat nak gi ronda amik gambar jap la. banyak gak da gambar ada....tapi tak upload lagi la. nanti kalau ada masa aku akan upload ke facebook. rajin-rajin la tengok kat fb...selamat berhari minggu
Thursday, October 1, 2009
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri buat rakan - rakan semua. Masih dalam suasana hari raya di sana - sini. Masih ramai yang buat majlis rumah terbuka. Masih sempat lagi kita menghulur tangan bermaaf - maafan andai ada salah dan silap yang lalu. Jangan lah kita menyimpan dendam... Buang yang keruh & ambil yang jernih. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf zahir & batin sekiranya ada yang tersinggung atau terguris hati selama ini.. Salam Aidilfitri...
Friday, August 28, 2009
akan kembali...
Salam....Insyaallah blog ini akan beroperasi semula minggu hadapan. Buat masa ini saya mengambil cuti panjang daripada menulis atas sebab-sebab peribadi. harap maklum....terima kasih
Tuesday, July 7, 2009
Santai
Dah lama aku tak balik ke kuantan. Jumaat lepas aku balik kejap ke kuantan, itupun sebab ada kursus CIDB. Dapat lah melepas rindu kat anak - anak. Sampai je petang tu terus ambik anak aku balik sekolah. Lepas tu terus aku bawak diaorang pergi main dekat taman. Seronok la diaorang dapat main dan tengok - tengok binatang kat Mini Zoo Taman Teruntum. Malam tu aku bawa anak-anak aku dengan adik-adik ipar aku pergi makan kat Tanjung Lumpur. Dah lama tak makan ikan bakar dekat Kuantan ni. Lepas makan kitaorang pergi jalan-jalan lagi kat Esplanade (Benteng)...Tetiba bebudak ni sekali lagi buat surprise... Potong kek lagi lah malam ni. Terima kasih kat nadia, liza, iman, adik, joe, farhan & fiqa.

Pagi Sabtu tu aku 'berkursus' kat Pejabat CIDB Kuantan. Sampai petang baru habis kursus..Petang tu apa lagi...bawak anak-anak main kat Taman Teruntum lagi lah. Hari ni nak bawa diaorang naik kuda dan main motor. Lewat petang baru aku dengan anak-anak balik rumah. Malam ni si fiqa nak makan kat Midnight la pulak...Tapi best gile masakan kat Midnight malam ni. Selalu tu masakan dia biasa-biasa je. Midnight Food Court ni terletak dia Jalan Teluk Sisek..ala...yang menghala ke Teluk Cempedak tu. Betul-betul sebelah stesen minyak Shell, tak jauh dari Pasaraya Pantai Selamat.


Hari Ahad hari ni...esok dah nak balik Tioman. Pagi ni aku bawak anak-anak aku 'main air'. Mula-mula aku nak pergi Gambang Waterfront tu, tapi dengar-dengar cerita tutup lah pulak. So aku bawa la anak-anak aku pergi Sempurna Resort kat Indera Sempurna. Tempat ni tak jauh dari bandar Kuantan. Kalau nak pergi sini ikut jalan ke Pekan. Ok lah tempat ni..bersih & selesa. Tempat baru..Kalau nak 'main air' kat sini kena bayar RM5 untuk kanak-kanak. RM 8 untuk dewasa. Kalau guest resort free la....Murah dah tu. Makanan kat sini pun sedap-sedap. Walaupun pagi tadi hujan lebat, tapi ramai gak orang datang bawak anak-anak mandi-manda lepas hujan tu.
Wednesday, July 1, 2009
Mukut...
alhamdulillah...harini aku kembali menulis. dah 3 minggu aku tak ngadap blog ni. internet problem la kat pulau ni..sakit jiwa aku dibuatnye. hari ni genap usia aku 31 tahun. malam tadi ada la wife aku buat party sket kat babura. surprise.....thanks dear! 31 tahun dah aku hidup..apa yang aku ada? syukur dengan apa yang aku ada sekarang. tapi aku akan berusaha untuk jadi lebih baik dari harini. selama 3 minggu tak menulis ni macam-macam cerita ada. bermula dengan kedatangan wife aku, nadia. pastu weekend pegi diving. pegi mukut & round island. lepak-lepak kat juara. tengok anak turtle kat bunut. kerja pun dah tak banyak kat sini. sebulan dua lagi berangkat la aku keluar dari pulau ni...adussss...sedihnye!
mukut twin peaks & mukut harmony resort
Mukut ni terletak kat bahagian selatan pulau tioman. mukut ni sunyi sket tempat dia. kalau pegi siang-siang hari ni macam takde orang je kat sana. Kat mukut ni ada twin peaks mcm KLCC. Kalau tengok dari bawah batu-batu tu menyerupai muka orang. orang kata lah...tulah Nenek Semukut. Sapa-sapa yang nak ketenangan ni boleh la pegi lepak 2-3 malam kat mukut ni. Ada beberapa chalet / resort kat sini yang memang best antaranye Tanjung Inn, Seri Sentosa Chalet, Mukut Coral Resort & kat depan jeti mukut ni Mukut Harmony Resort. Satu lagi kat mukut ni ada air terjun. air terjun asah nama tempat tu. memang best la air terjun dia...Selepas siap kerja kat mukut kapten bot, drabi bagitau kita akan balik ikut juara & salang. so thats mean kita round island la arini. kebetulan laut tenang betul aritu dari mukut ke juara & salang. aku pun dah lama tak round island ni...last sekali round island tahun lepas rasanya.
Petang tu kitaorg lepak minum-minum kat salang. kitaorg lepak kat bar salang dreams. tak ramai orang sangat kat bar. tapi sekitar area salang ni macam biasa la...penuh ngan mat salleh. ada yang snorkeling, ada yang diving kat jeti...mesti student ni, ada yg main beach volleyball, yang shopping sakan pun ada...apa yang diaorg borong pon aku tak tau. yang terbaring kat sepanjang pantai pun ramai...petang-petang macam ni restoran memang busy la...yang buat ikan bakar tu da start idupkan bara api. haa...kitaorg ni tengah tunggu jagung bakar ni. tapi aku tak makan pon....tengok nadia belasah special burger macam best. tapi taknak la...lepas sejam lepak kat salang kitaorg pon balik ke tekek semula....best!
Wednesday, June 10, 2009
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...dapat jugak menulis kembali. baru je baik demam ni..huh, 4 hari takleh nak makan ape...lepas minum air.. minum air...lepas dapat makan tembikai tu rasa lega sikit. maklumlah...panas dalam. bila masuk je tembikai dalam perut lega rasanye...tapi kalau nak ikutkan doctor tak bagi makan tembikai masa demam - demam ni. pedulik la...janji perut aku diisi sesuatu. masuk hari ni da 5 hari aku tak merokok. bau asap rokok pon rasa nak loya. kalau le aku dapat berenti merokok....cuaca kat tioman sekarang ni panas sangat...tak macam biasa la rasanye. pelancong pulak penuh sepanjang masa. baguslah tu..untuk ekonomi orang - orang tioman jugak. semalam paksu ajak aku pegi menyandat sotong, tapi aku terpaksa menolak sebab demam aku ni tak berapa baik lagi, kang kalau aku pegi kang takut pulak muntah darah dalam bot tu kang. maklumlah bukannye pegi sejam dua..kurang - kurang pon sampai tengah malam. lain kali kalau badan dah sihat insyaallah aku pergi. Ni kalau pelawa kat along ni mesti dengan pantas dia jawab "nak!!!"... erm, aritu aku tengok orang mancing kat atas jeti marina. sekali madi dapat sekor ebek, besar gak la..dalam 2 kilo. aku pun terus je snap sekeping gambar, mms kat asnol..hehehe. saje je aku nak bakar line dia...ko asnol jangan tak jadi datang plak 19hb ni..aku dah booking bilik tuk korang ni. korang nak pegi menyandat sotongkan? haa...kalau ada rezeki korang adalah....
Subscribe to:
Posts (Atom)











